Pereka Set / Set Designer

Laman 3

Muka depan | Laman 2 | Laman 3 | Laman 4 | Laman 5 | Laman 6

Fungsi Set
 
1. Menyediakan latar belakang atau keadaan tempat (environment).
2. Menggambarkan keadaan masa, tempat dan suasana (mood)
3. Memberi rekabentuk tersendiri kepada sesuatu rancangan (identiti)
4. Sebahagian dari elemen penerbitan untuk sesuatu rancangan dan penerbitan.
 
- Set sebaiknya direka dengan berkesan sambil mengambil kira faktor penerbit, krew, personaliti, artis dapat menjalankan tugas mereka dengan selesa. Set yang cantik sekalipun tidak memberi manafaat sekiranya menghalang pergerakan kamera, artis dan krew dalam menjalankan tugas masing-masing.

Set Realistik
 
Set atau gambaran suasana sebenar. ( contoh: set drama )
 
Set Abstrak / stylized
 
Set berkonsep hiburan, game show dsb.
 
Set Nutral
 
Set forum, ucapan, rancangan majalah,
 
Set virtual
 
Set komputer dengan gabungan teknik chroma key untuk back ground

Pelan lantai
 
"Floorplan" menunjukkan pandangan atas set yang akan diletakkan di studio atau pentas. Ia menunjukkan kedudukan peralatan seperti kerusi, meja, langsir, flat, paltform, grafik stand, plasma, kamera, lampu, mikrofon dan monitor. Ia penting untuk rujukan penerbit, petugas teknikal, dan pemasangan set.
 
Perspektif imej
 
Imej 3D keseluruhan set untuk presentasi kepada penerbit dan kontraktor pembinaan bagi gambaran sebenar set.
 
 
 

Warna set
 
Hue
( warna sendiri - biru, hijau, merah..)
 
Saturation
( Tona pana warna yang sama- biru muda, hijau tua..)
 
Brightness
( Nilai warna dalam imej hitam putih )